Sunday, September 23, 2012

ANAK KESAYANGANKU



Anak-anak ayam yang telah didaftarkan pada 10 September 2012. Telah dihantar pada malam hari so kena bermalam dalam rumah sebab tak sempat nak masukkan dalam reban. Tokey ayam terpaksalah kena ambil cuti satu hari untuk minggu suaikenal...  



Jumlah yang dipesan kali ini  berjumlah 750 ekor. Jumlah ini termasuklah yang telah ditempah oleh pelanggan berjumlah 70 ekor. Kali ini saya bernasib baik kerana semuanya hidup, Amin. Kini tugas bagi memastikan kesemuanya hidup sebelum dipindahkan  ke Reban besar bila mencapai umur lebih kurang 3 minggu. 



Pada kali ini saya telah dibekalkan dengan pembekal ayam yang baru, ini kerana pembekal yang asal telah menghilangkan diri bersama-sama duit tokey. So kali ini saya lebih berhati-hati supaya pisang tak berbuah dua kali. Prinsipnya ada barang  baru bayar. Terima kasih pada pembekal yang baru ini



Seronok nengok mereka menjerit-jerit  dengan bulu yang halus. Sejuk mata memandang dan naik semangat untuk terus  menjadi penternak.

Ya Allah aku memohon kepada Mu agar kau limpahkan aku rezeki yang kau berkati dan lindungi ternakan ku dari segala wabak, Amin.

Friday, February 10, 2012

KOMODO MASUK KAMPONG

Tokey ayam dengan bangganya sedang bergambar dengan pemangsa. Lepas tu tangan kena basuh sebab punyalah busuk bau badannya.
Cuba tengok betul2 tu berapa beratnya.. Kalau kena penamparnya dah tentu membawa separuh pengsan. So hati2 jangan berani-rani kalau tangannya tak diikat kebelakang macam tu.

Gambar dari belakang selepas ditangkap dan diikat..


Gambar dari hadapan untuk melihat berapa panjangnya pemangsa ini.


Akhirnya gambar dari atas diambil oleh jurufoto.