Sunday, July 31, 2011

DIET BERKHASIAT UNTUK AYAM


Padang ragut 'khas' bagi menjamin pertumbuhan dagingnya ada unsur-unsur organik. Padang ini khas untuk ayam-ayamku berlari-lari untuk menghilangkan rasa tertekan kerana malamnya mereka terkurung dalam reban.

Sagu ini telah ditebang oleh adik saya untuk santapan sampingan ayam-ayamku. Walaupun ayam-ayamku tidak pernah jumpa sebelum ini tetapi sekali dah mencuba sampai berlobang dikerjakan ketulan sagu tu. Tahniah!! kerana mecuba menu ini.


Ketulan ubikayu ini yang dah terlebih tarikh luputnya akan menjadi menu ayamku. Tapi ubikayu tu kena diketuk-ketuk supaya mudah untuk dimakan. Rasanya macam makan kuih talam ubi. SEdapppp....


Menu yang paling baik untuk percambahan bulu-bulu baru. Menu ini juga dirasakan menghasilkan bulu  yang cantik dan berkilat. Kalau tak percaya tanya pada nenek saya.

Buah Kelapa Sawit. Menu ini baik untuk menambahkan kalestrol dalam badan. Tapi tidak boleh makan selalu sebab nanti bulu boleh gugur dan ayam jadi togel.

Sama macam buah kurma padang pasir!!

Lagi tempat padang ragut untuk kumpulan ayam yang lain. Sekarang ni dah tak payah nak mesin rumput sebab kumpulan ayam ni makan rumput macam dah ketagih rasanya macam makan daun kertum.
Apa-apa pun hidangan yang disajikan moga tubuh badan kalian sihat hendaknya.

2 comments:

  1. Aduyaiii lama nya x de citer ayam ni...atau hanya tinggal reban ayam ke?Tapi dengar2 makin maju hingga x de masa nak update blog.

    ReplyDelete
  2. Puan, kerja-kerja direban dan pemasaran membuat saya sgt sibuk. Gambar2 terbaru pun tak sempat nak upload.InsyaAllah saya akan update kalau masa mengizinkan.

    ReplyDelete