Monday, March 14, 2011

PROJEK MUSIM KE 3

Wajah-wajah penghuni baru, telah mendaftar pada 21 Jan 2011, setelah makan sekenyang-kenyang pandai berlakon macam kehairanan konon!. Tapi sejuk hati bila melihat semuanya sihat-sihat. Nanti bila dah besar dan badan penuh dengan bulu saya akan pindahkan ketempat yang lebih selesa. Dahlah teruskan aktiviti masing-masing.


Kawasan rehat pada masa tengahari, saiznya hampir pada 1.2 kg. kalau diizinkan lagi 2 minggu dah boleh jual. InsyaAllah.

3 comments:

  1. wahai ayam cepat la membesar dan cepat menumbuhkan bulu2 yang lebat,agar dapat pindah tempat yang lebih selesa, itu janji tuan mu....
    moga sukses tuan ayam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan...
    Syok tengok gambar ayam ayam tu.. biasa ayam tu nak boleh di sembelih pada berat berapa kilo .Pastu Berapa lama tempoh penjagaan hingga boleh dijual. Kos untuk seekor ayam berapa pulak ekk. Ingat nak belajar dengan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana melayari Blok saya, biar saya berkongsi pengetahuan dengan saudara, ayam ini sesuai untuk dimakan berat dalam lingkungan 1.4 kg. Untuk berat itu kena pelihara selama 2 hingga 2 1/2 bulan, ikut jumlah peliharaan. Aggaran untuk tempoh itu seekor kosnya sebanyak RM 7.00 - RM 8.00

      Delete