Friday, January 18, 2013

HASIL SAMPINGAN YANG BERBALOI-BALOI

Bertemu kembali untuk tahun 2013, telah dipanjang umur dan dimurahkan rezeki dan dengan tekad yang bulat makanya saya akan meneruskan projek penternakan ayam ini. Saya telah mula memasukan anak ayam untuk tahun 2013 pada  29 November 2012. Agak terlambat rasanya kerana ayam yang sedia ada telah hampir habis. Rasanya bekalan untuk awal tahun tidak dapat ditunaikan. Kesian pada mereka yang jadi peminat ayam kampung. Harap dapat bersabar ye... Apapun cerita yang saya nak kongsi adalah hasil saya berbakti kepada tanah selama ini. Walaupun ia sampingan tapi tulah dah dikatakan ada rezeki semua jiran dan kawan dapat menikmati rasanya..... syukur alhamdulillah, amin......



 Hasil buah limau kasturi dan limau nipis agak berbalui. Hasil ini telah berkali-kali dijual kepada peraih dan dapatlah duit poket untuk anak-anak.


 Pokok pisang raja ni tak sangka dengan hanya berbaja "taik ayam" berbuah bersisir-sisir. Buat masa ini hasilnya terhad kepada adik beradik sahaja. Maklumlah baru dapat hasilkan setandan sahaja.


  Ini orang panggil raja buah. Rasanya masuk ni dah tiga kali pokok ni berbuah tapi tak dapat juga kukecapi hasilnya kerana telah dipetik monyet terlebih awal. Tapi dah namanya rezeki tahun 2012 akhirnya dapat juga aku tengok buahnya hingga masak.

 Buah rambutan gading ni dah banyak kali berbuah, hasilnya dah aku agih-agihkan pada adik beradik, jiran dan kawan-kawan sepejabat.


Buah pulasan ni dah boleh dipetik, untuk kali ni aku bagi-bagi supaya harap-harap rezeki semakin murah. Lain kali kalau berbuah  boleh jual pulak.... tak gitu.

 Raja buah ni aku kutip pada awal pagi. Inilah kebesaran tuhan buah ni gugur pada waktu malam, waktu orang tak ada dibawah pokok. Seronok rasanya.. Bawah ni gambaran sebenar isinya. Cuba bayangkan rasanya dan pasti menjilat jari.