Wednesday, July 20, 2011

GEMPAR DIMALAM HARI


 Saya agak terkejut pada pagi itu kerana ayam-ayam saya nampak semacam kehairanan. Tanpa saya sedari apabila saya menoleh saya ternampak seekor binatang yang sebesaaaaar ini telah terperangkap pada jaring....


Saya agak kehairanan kerana dengan badan sebesar ini dia boleh masuk pada mata jaring yang kecil. Ular itu telah hampir lemas sebab leher dan badannya tersepit pada lubang jaring. Adalah dianggarkan 10 kaki panjang ular berkenaan dan beratnya mencecah 70 kilogram.

Saya telah buat semakan dan ternyata anak ayam saya semuanya terselamat dari ular ini. Tak terbayang akan saya kalau ular sebesar ini dapat masuk dan makan anak ayam saya, mesti sebulan ular ini tak payah makan. 

1 comment:

  1. Sentiasa berwaspada ngn binatang ni, mesti ada lagi suku sakat spesis tu yang akan mencuba melolosi pagar tu. Lain kali kalau dapat lagi kasi harga mahal sikit

    ReplyDelete