Showing posts with label STOK BARU. Show all posts
Showing posts with label STOK BARU. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

MENERUSKAN PERJUANGAN INI


Tanggal 3 Februari 2013, pasukan yang terlatih telah bersiap sedia bagi memberi khidmat untuk memindahkan  anak-anak ayam ke kawasan reban yang lebih besar. Segala peralatan telah disediakan untuk proses ini oleh tuan punya ladang.


Anak-anak ayam juga rasanya sudah tidak sabar lagi untuk menjejaki tanah.Walau bagaimanapun mereka terpaksa menunggu giliran. Adalah dianggarkan kesemuanya berjumlah 750 ekor.


Kerja-kerja memindahkan anak-anak ayam dimulakan pada awal pagi hanya mengambil masa kurang dari 1 jam untuk disiapkan. Ini semua adalah disebabkan kepakaran mereka.


Kerja-kerja seterusnya diambil alih oleh pekerja yang membersihkan  lantai  reban anak ayam. Sekarang dah mudah sikit sebab  dah guna 'water jet' dan pinggang pun tak sakit lagi.


Bekas makanan yang baru dibeli bagi menampung kekurangan di reban besar.  Kini anak-anak ayam tidak berebut-rebut bila nak makan.

Friday, July 15, 2011

PROJEK MUSIM KE 6


Reban untuk anak ayam telah ku segarkan dengan mencucinya dan menambahkan keharuman dengan semburan racun untuk hama sebelum anak ayam baru masuk; kerja pembersihan ini makan 1 jam juga. Anak ayam yang akan datang dijangkakan pada 9 Julai 2011. Jumlah untuk kali ini 600 ekor. Tak sabar rasanya untuk melihat anak-anak ayam itu.

Thursday, June 23, 2011

PROJEK MUSIM 4 DAN MUSIM 5




AYAM-AYAM DAN PEKERJA SAMA-SAMA RASA SERONOK!!!!!


Kerja-kerja memindahkan anak-anak ayam yang telah mencapai umur 3 minggu pada awal pagi 18.6.2011. Jumlah yang dipindahkan berjumlah 454 ekor daripada 600 ekor. Ini disebabkan sebahagian anak ayam telah dijual. Seronok melihat ayam ini yang akan merasa 'bebas' di reban nanti!. Kerja-kerja mengambil masa hampir satu jam. Pekerja bawah umur ada permit ini telah dibawa kahs untuk kerja pemindahan ini.