Showing posts with label RESEPI PILIHAN TERBAIK. Show all posts
Showing posts with label RESEPI PILIHAN TERBAIK. Show all posts

Friday, September 20, 2013

AYAM KAMPUNG PERAP BEREMPAH

hASIL air tangan keluargaku....
 Kini saya dan rakan kongsi telah meneroki dan mengembangkan sayap perniagaan untuk mencuba mempelbagaikan jualan dari produk ayam kampung. Saya telah berpakat untuk menggunakan resepi ayam berempah untuk sajian sekeluarga. Adalah diharapkan sangat-sangat resepi ini dapat memenuhi citarasa keluarga tuan/puan.


 Untuk makluman harga untuk satu bekas ini adalah bergantung dengan saiz ayam itu sendiri, sukacita dimaklumkan harga tidak dipengaruhi oleh kenaikan minyak petrol. Dengan harga yang berbaloi-berbaloi adalah diharapkan ia akan menjadikan hidangan mesti untuk harian atau hujung minggu. Harapan saya semoga hidangan ini bakal menjadikan anda sihat, cergas dan memberi tenaga untuk  kita beribadat kepadaNya.


Ini adalah baki yang tinggal di dalam peti sejuk saya. Pada masa ini bekalan terhad kerana ayam yang saya pelihara masih dibeli oleh peraih tetap dan pelanggan saya yang mahukan ayam yang dikerat-kerat untuk dijadikan lauk harian.
Ini adalah hasilnya ayam kampung perap berempah. Kalau beginilah bentuknya diatas meja sudah pastinya meleleh air liur. Ini saiz ayam sekor kerat empat bahagian. Kalau ikut saiz ini boleh makan untuk 4 orang untuk 2 bahagian. Selamat mencuba !!!! Berminat  hubungi saya di talian 0133502091.

Tuesday, July 16, 2013

SUP AYAM KAMPUNG TERBAIK @ MAT GEBU


Sup Ayam Kampung
 
Assalamualaikum, salam semua untuk sahabat, hari  ini saya telah menjelajah Blog Dapur Tanpa Sempadan dan menu yang menjadi pilihan ada kaitan dengan ayam kampung. Melihat hasilnya agak berminat saya untuk berkongsi sama menunya. Lauk sebegini rasanya agak sesuai kalau dihidangkan pada waktu berbuka puasa.
Nah! cerita banyak pun tak guna, so mari kita cuba dengan resepi yang telah disediakan dari blog ni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung (kurang lebih 1kg)
4 biji kentang
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya, anggaran 2.5 liter
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam "Maggi" (jika suka)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 keping hirisan nipis kunyit hidup
1 1/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu, cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, gunakan api kecil. Tambah ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng dan juga daun sup, kacau. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, Masukkan kiub pati ayam (jika guna) kacau dan biar masak hingga 3/4 ayam empuk. Masukkan kentang, masak hingga kentang dan ayam empuk.
  4. Rasa dan jika kurang garam tambah. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama ketupat, mee hoon atau mee kuning..

Friday, June 28, 2013

RESEPI AYAM KAMPUNG GORENG BEREMPAH


Melihat hasil resepinya, terliur rasanya ....... kalau macam inilah  lauknya,  rasanya lupa nak makan dengan nasi. Sedaaaaaaap! lebih-lebih lagi kalau pilih ayam kampung. Tak gitu.



Bahan 1 (dikisar)
1 inci Halia
1 inci Kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
Bahan 2
Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)
½ sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
daun kari
garam

Cara-cara memasak
  1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
  2. dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
  3. Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas 
p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2) dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam..