Sunday, July 31, 2011

DIET BERKHASIAT UNTUK AYAM


Padang ragut 'khas' bagi menjamin pertumbuhan dagingnya ada unsur-unsur organik. Padang ini khas untuk ayam-ayamku berlari-lari untuk menghilangkan rasa tertekan kerana malamnya mereka terkurung dalam reban.

Sagu ini telah ditebang oleh adik saya untuk santapan sampingan ayam-ayamku. Walaupun ayam-ayamku tidak pernah jumpa sebelum ini tetapi sekali dah mencuba sampai berlobang dikerjakan ketulan sagu tu. Tahniah!! kerana mecuba menu ini.


Ketulan ubikayu ini yang dah terlebih tarikh luputnya akan menjadi menu ayamku. Tapi ubikayu tu kena diketuk-ketuk supaya mudah untuk dimakan. Rasanya macam makan kuih talam ubi. SEdapppp....


Menu yang paling baik untuk percambahan bulu-bulu baru. Menu ini juga dirasakan menghasilkan bulu  yang cantik dan berkilat. Kalau tak percaya tanya pada nenek saya.

Buah Kelapa Sawit. Menu ini baik untuk menambahkan kalestrol dalam badan. Tapi tidak boleh makan selalu sebab nanti bulu boleh gugur dan ayam jadi togel.

Sama macam buah kurma padang pasir!!

Lagi tempat padang ragut untuk kumpulan ayam yang lain. Sekarang ni dah tak payah nak mesin rumput sebab kumpulan ayam ni makan rumput macam dah ketagih rasanya macam makan daun kertum.
Apa-apa pun hidangan yang disajikan moga tubuh badan kalian sihat hendaknya.

Wednesday, July 20, 2011

GEMPAR DIMALAM HARI


 Saya agak terkejut pada pagi itu kerana ayam-ayam saya nampak semacam kehairanan. Tanpa saya sedari apabila saya menoleh saya ternampak seekor binatang yang sebesaaaaar ini telah terperangkap pada jaring....


Saya agak kehairanan kerana dengan badan sebesar ini dia boleh masuk pada mata jaring yang kecil. Ular itu telah hampir lemas sebab leher dan badannya tersepit pada lubang jaring. Adalah dianggarkan 10 kaki panjang ular berkenaan dan beratnya mencecah 70 kilogram.

Saya telah buat semakan dan ternyata anak ayam saya semuanya terselamat dari ular ini. Tak terbayang akan saya kalau ular sebesar ini dapat masuk dan makan anak ayam saya, mesti sebulan ular ini tak payah makan. 

Friday, July 15, 2011

ZURIAT YG SUCI

Melihat mereka bergembira dengan dunia baru!! 

Anak-anak yang kehilangan ibunya, kesian dia...




Minuman pertamanya adalah vaksin anti sampar supaya tak kena penyakit. Kita hanya berusaha tapi tuhan yang menentukan.


Mungkin kehijauan pepokok di sekeliling akan menjadikan dunia ini seperti yang diimpikan.

PROJEK MUSIM KE 6


Reban untuk anak ayam telah ku segarkan dengan mencucinya dan menambahkan keharuman dengan semburan racun untuk hama sebelum anak ayam baru masuk; kerja pembersihan ini makan 1 jam juga. Anak ayam yang akan datang dijangkakan pada 9 Julai 2011. Jumlah untuk kali ini 600 ekor. Tak sabar rasanya untuk melihat anak-anak ayam itu.