Sunday, July 31, 2011

DIET BERKHASIAT UNTUK AYAM


Padang ragut 'khas' bagi menjamin pertumbuhan dagingnya ada unsur-unsur organik. Padang ini khas untuk ayam-ayamku berlari-lari untuk menghilangkan rasa tertekan kerana malamnya mereka terkurung dalam reban.

Sagu ini telah ditebang oleh adik saya untuk santapan sampingan ayam-ayamku. Walaupun ayam-ayamku tidak pernah jumpa sebelum ini tetapi sekali dah mencuba sampai berlobang dikerjakan ketulan sagu tu. Tahniah!! kerana mecuba menu ini.


Ketulan ubikayu ini yang dah terlebih tarikh luputnya akan menjadi menu ayamku. Tapi ubikayu tu kena diketuk-ketuk supaya mudah untuk dimakan. Rasanya macam makan kuih talam ubi. SEdapppp....


Menu yang paling baik untuk percambahan bulu-bulu baru. Menu ini juga dirasakan menghasilkan bulu  yang cantik dan berkilat. Kalau tak percaya tanya pada nenek saya.

Buah Kelapa Sawit. Menu ini baik untuk menambahkan kalestrol dalam badan. Tapi tidak boleh makan selalu sebab nanti bulu boleh gugur dan ayam jadi togel.

Sama macam buah kurma padang pasir!!

Lagi tempat padang ragut untuk kumpulan ayam yang lain. Sekarang ni dah tak payah nak mesin rumput sebab kumpulan ayam ni makan rumput macam dah ketagih rasanya macam makan daun kertum.
Apa-apa pun hidangan yang disajikan moga tubuh badan kalian sihat hendaknya.

Wednesday, July 20, 2011

GEMPAR DIMALAM HARI


 Saya agak terkejut pada pagi itu kerana ayam-ayam saya nampak semacam kehairanan. Tanpa saya sedari apabila saya menoleh saya ternampak seekor binatang yang sebesaaaaar ini telah terperangkap pada jaring....


Saya agak kehairanan kerana dengan badan sebesar ini dia boleh masuk pada mata jaring yang kecil. Ular itu telah hampir lemas sebab leher dan badannya tersepit pada lubang jaring. Adalah dianggarkan 10 kaki panjang ular berkenaan dan beratnya mencecah 70 kilogram.

Saya telah buat semakan dan ternyata anak ayam saya semuanya terselamat dari ular ini. Tak terbayang akan saya kalau ular sebesar ini dapat masuk dan makan anak ayam saya, mesti sebulan ular ini tak payah makan. 

Friday, July 15, 2011

ZURIAT YG SUCI

Melihat mereka bergembira dengan dunia baru!! 

Anak-anak yang kehilangan ibunya, kesian dia...




Minuman pertamanya adalah vaksin anti sampar supaya tak kena penyakit. Kita hanya berusaha tapi tuhan yang menentukan.


Mungkin kehijauan pepokok di sekeliling akan menjadikan dunia ini seperti yang diimpikan.

PROJEK MUSIM KE 6


Reban untuk anak ayam telah ku segarkan dengan mencucinya dan menambahkan keharuman dengan semburan racun untuk hama sebelum anak ayam baru masuk; kerja pembersihan ini makan 1 jam juga. Anak ayam yang akan datang dijangkakan pada 9 Julai 2011. Jumlah untuk kali ini 600 ekor. Tak sabar rasanya untuk melihat anak-anak ayam itu.

Thursday, June 23, 2011

PROJEK MUSIM 4 DAN MUSIM 5




AYAM-AYAM DAN PEKERJA SAMA-SAMA RASA SERONOK!!!!!


Kerja-kerja memindahkan anak-anak ayam yang telah mencapai umur 3 minggu pada awal pagi 18.6.2011. Jumlah yang dipindahkan berjumlah 454 ekor daripada 600 ekor. Ini disebabkan sebahagian anak ayam telah dijual. Seronok melihat ayam ini yang akan merasa 'bebas' di reban nanti!. Kerja-kerja mengambil masa hampir satu jam. Pekerja bawah umur ada permit ini telah dibawa kahs untuk kerja pemindahan ini.

Monday, March 14, 2011

PROJEK MUSIM KE 3

Wajah-wajah penghuni baru, telah mendaftar pada 21 Jan 2011, setelah makan sekenyang-kenyang pandai berlakon macam kehairanan konon!. Tapi sejuk hati bila melihat semuanya sihat-sihat. Nanti bila dah besar dan badan penuh dengan bulu saya akan pindahkan ketempat yang lebih selesa. Dahlah teruskan aktiviti masing-masing.


Kawasan rehat pada masa tengahari, saiznya hampir pada 1.2 kg. kalau diizinkan lagi 2 minggu dah boleh jual. InsyaAllah.

Friday, March 4, 2011

Harapan Kepada Kawan-Kawan Penternak Ayam Kampung

Sehingga kini, kalian yang telah banyak memberi keyakinan kepada aku untuk terus memajukan usaha penternakan ini. Terkadang hati ini berdetik apakah aku akan berjaya untuk sama-sama bersaing dengan penternak senior, tapi aku percaya yang mengatur rezeki kita adalah Allah.
Setelah masuk pusingan ketiga ini keyakinan aku semakin membara untuk muncul sebagai pesaing kepada mereka yang telah berjaya. Keyakinan ini datangnya dari tunjuk ajar kawan-kawan yang tidak kedekut ilmu dan pengalaman ditambah hasil yang telah saya perolehi dari projek pertama dan kedua.
Saya juga pernah berfikir dalam perniagaan ini perlu ada niat kita bersedekah 
untuk mereka yang berurusan dengan perniagaan kita, kerana sesungguh sekiranya kita bersedekah Allah telah berjanji untuk melipat gandakan rezeki kita. InsyaALLAH.

Thursday, February 10, 2011

Hari-Hari Bersama Mu

Aku akan cuba membahagiakan mu walaupun aku terpaksa 'mengurung' mu untuk proses pembesaran. Akanku sajikanmu dengan makanan yang bervitamin, air mineral bervaksin dan ku terangkan malammu dengan lampu bulat 40 watt. 



Monday, February 7, 2011

Hasil Ternakan Musim Ke2

Aku bersyukur kepadaNya kerana dengan rahmatNya aku dapat membesarkan anak-anak ayam ku tanpa sebarang halangan dan hasil lumayan.....

Wednesday, January 26, 2011

Salam Kenalan

Assalamualaikum, kepada sahabat-sahabat diluar sana, ucapan terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya. Kata orang dulu-dulu dengan pepatahnya; Tuah ayam nampak pada tajinya, makanya amat-amati lah semoga kita penternak ni, bela ayam kampung biar sampai nampak tajinya!!!!
Para penternak ayam  mempunyai sejarah tersendiri sebelum menceburi bidang ini. Ada yang cuba-cuba sebab modal terhad. Ada yang nekad sebab "ada wang"  kalau rugipun tak rasa rugi, ialah sebab berwang.
Kalau dibuat kajian, bukan senang nak berjaya kalau tidak berilmu dan berpengalaman. Makanya carilah ilmu dari mereka yang telah berjaya dan sanggup berkongsi kejayaan. Setelah itu kumpulkan pengalaman dari kawan-kawan insyaAllah kejayaan pasti menunggu..
bersambung..........

RANCANGAN 2011

PROJEK PERMULAAN 2011