Tetamuku datang pada malam hari, mungkin keriuhan anak ayam memanggil-manggil untuk menjenguk reban ayam ku. Alangkah terperanjat bila aku melihat badannya tersimpul dengan jaring. Adalah dianggar ular yang terjaring tu sepanjang 6 kaki.
Aku bersyukur kerana ular ni jatuh dari atas terua kedalam jaring, kalau tidak dah tentu dia kekenyangan membaham anak-anak ayam ku pada malam tu.
Aku lihat perutnya dah pecah sebab terbelit dalam jaring tu. Walaupun perutnya dah terburai, tapi bila aku usik badannya masih ada respon lagi. Maknanya masih bernyawa lagi.
Kepalanya dah terbelit di antara mata jaring tu, menyebabkan dia dah tak boleh bergerak lagi. Disebabkan kesuntukan masa kerana aku nak pergi kerja, so aku pesan dengan anak untuk membukanya.