Kini saya dan rakan kongsi telah meneroki dan mengembangkan sayap perniagaan untuk mencuba mempelbagaikan jualan dari produk ayam kampung. Saya telah berpakat untuk menggunakan resepi ayam berempah untuk sajian sekeluarga. Adalah diharapkan sangat-sangat resepi ini dapat memenuhi citarasa keluarga tuan/puan.
Untuk makluman harga untuk satu bekas ini adalah bergantung dengan saiz ayam itu sendiri, sukacita dimaklumkan harga tidak dipengaruhi oleh kenaikan minyak petrol. Dengan harga yang berbaloi-berbaloi adalah diharapkan ia akan menjadikan hidangan mesti untuk harian atau hujung minggu. Harapan saya semoga hidangan ini bakal menjadikan anda sihat, cergas dan memberi tenaga untuk kita beribadat kepadaNya.
Ini adalah baki yang tinggal di dalam peti sejuk saya. Pada masa ini bekalan terhad kerana ayam yang saya pelihara masih dibeli oleh peraih tetap dan pelanggan saya yang mahukan ayam yang dikerat-kerat untuk dijadikan lauk harian.
Ini adalah hasilnya ayam kampung perap berempah. Kalau beginilah bentuknya diatas meja sudah pastinya meleleh air liur. Ini saiz ayam sekor kerat empat bahagian. Kalau ikut saiz ini boleh makan untuk 4 orang untuk 2 bahagian. Selamat mencuba !!!! Berminat hubungi saya di talian 0133502091.